Bismillah.
Alhamdulillah rezeki lagi ade kawan baik belanja makan untuk birthday yang lepas.
kami dah kawan sejak dari darjah satu sampai lah sekarang. almost 17 tahun berkawan. sejak dari hingusan lagi sampai lah sekarang dah 23 tahun.
aku bersyukur dapat kenal dia, dapat jadi kawan baik dia insya Allah dunia akhirat.
ingat lagi dulu masa sekolah menengah adalah bercouple dengan sorang budak ni, then kawan baik ni tak suka, esoknya terus aku mintak putus. nampak tak? i choosed kawan berbanding orang lain.
so, thank you dear for the 17 years of friendship and the birthday treat.
kami makan dekat Jibby and Co. subang empire. pastu jalan kaki pergi subang parade sebab nak tengok wayang. last-last, movie yang nak tengok tu x de. huhu so kami pergi karoke je.
balik tu kena lintas balik lah kan sebab kereta kat empire, so baru keluar entrance parkson tu dah hujan. apa lagi, berlari-lari anak lah ke empire subang tu hah. nasib baik dekat. kalau jauh mahu lencun jugak lah kan. hahaha
sampai empire, terus balik sebab tak tahu nak buat apa dah kat situ. so itu je lah cerita semalam.
by the way, makanan kat jibby and co memang sedap gila!!!! nanti uolls kalau ade masa pergi lah sana ye. paling sedap dia punya Mr. Lova Lova which is kek pavlova coklat yang rasa tak cukup one slice, nak amik the whole kek.
dah lama nak makan pavlova, hari tu waniey ade bagi, tapi dah cair, so tak rasa sangat lah, this time bff i beli kan. whoaaaa seronok dia, macam nak turun ikut lif makanan kedai tu. hahahha
till then, see u again.
ni lah kawan baik kite tu..
No comments:
Post a Comment