Friday 26 February 2016

Blacklist dari PTPTN






Bismillah..

Notis peringatan kali ketiga?  blacklist?  tak boleh keluar negara atau buat pinjaman bank?  hah, ni mesti antara situasi bagi peminjam ptptn yang masih tak bayar hutang lagi kan? hehe  sama lah macam saya.

saya ada nak kongsi sikit macam mana cara nak clearkan nama dari blacklist ptptn.  

1.  Penangguhan
2.  Penstrukturan Semula Pinjaman

so jum kita tengok cara 1 dulu.  

Untuk penangguhan pinjaman adalah bila keadaan anda yang pertama, ingin menyambung pengajian dari diploma ke ijazah.  of course, bila dah sambung belajar ke ijazah, mana nak dapat duit untuk bayar pinjaman diploma kan?  so, caranya anda perlu membuat penangguhan pinjaman.  penangguhan pinjaman ni berkuatkuasa sejurus selepas anda tamat diploma sehingga 2 tahun sahaja atau 24 bulan.  kalau lebih dari 2 tahun atau 24 bulan tersebut anda masih tidak membuat penangguhan, maka anda akan dikenakan tunggakan selama mana 2 tahun tersebut anda perlu membuat bayaran ansuran.  tak paham?? okay macam ni..

tamat diploma bulan 12/2013.  so 2 tahun selepas tarikh tamat adalah pada 12/2015.  dalam jangka masa dua tahun itu anda kena buat penangguhan jika menyambung pengajian ke ijazah atau dalam masa dua tahun tu masih tak dapat kerja tetap.  kalau penangguhan tersebut tak dibuat dalam masa yang diberi iaitu 2 tahun, tunggakan, contoh nya, lepas tamat diploma tadi, anda perlu bayar rm100 sebulan dalam masa 5 tahun untuk habis kan jumlah pinjaman.  so, total rm100 tadi didarab dengan 24 bulan, akan dapat rm2400.  sepatutnya rm2400 tersebut anda perlu bayar secara ansuran, tapi anda tak buat penangguhan, jadi nya rm2400 tersebut akan bertukar kepada tunggakan.

tunggakan tersebut yang akan bertukar menjadi blacklist kalau sampai notis 3 anda tidak membuat sebarang bayaran.  nak tak nak, anda kena bayar sekaligus rm2400 untuk clearkan nama dari blacklist, dan bayar kembali ansuran rm100 secara teratur sampai habis jumlah pinjaman.  rm2400 yang anda bayar tu adalah bayaran tunggakan ya, bukan bayaran pinjaman lagi.  makin lama anda tunggu, tunggakan tersebut akan bertambah.

untuk membuat penangguhan, apa yang anda perlu adalah surat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dari universiti atau kolej dan seterusnya dokumen biasa seperti ic ke pejabat ptptn yang berkaitan.  

okay sekarang kita pergi cara ke 2 iaitu Penstrukturan Semula Pinjaman.

apa dia penstrukturan semula ni?  penstrukturan semula ni adalah perjanjian baru untuk clearkan nama dari blacklist tapi dengan syarat.  syaratnya adalah anda kena bayar at least rm1000 daripada jumlah tunggakan tadi kepada pihak ptptn, dan perjanjian baru akan dibuat.  perjanjian baru macam perjanjian pertama dulu anda mohon pinjaman.

contoh, tunggakan tadi rm2400 kan, so anda perlu bayar minimum rm1000 untuk tukar status anda dan buat semula perjanjian yang mana anda perlu bayar ansuran bulanan secara terus lepas perjanjian dibuat.

Penstrukturan semula ni juga adalah untuk peminjam yang telah lebih tempoh dua tahun untuk buat penangguhan.  kalau anda tak lebih lagi dua tahun, anda boleh buat penangguhan sahaja.  tak perlu buat penstrukturan semula.

macam biasa, apa yang anda perlu buat adalah pergi ke HeadQuarters PTPTN di jalan Yap Kuan Seng, adalah mudah bagi anda membuat segala urusan terus di HQ sebab ianya secara terus tanpa melalui branches.  ambil nombor untuk berjumpa dengan pegawai di kaunter dan tanyakan mengenai status pinjaman anda sama ada, boleh lagi nak buat penangguhan atau perlu buat penstrukturan semula, bila dah sampai HQ, pastikan anda faham sefaham fahamnya tentang status anda untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

pegawai tersebut akan memberi nasihat kepada anda tentang langkah seterusnya berkaitan pinjaman anda.  kalau tak faham apa yang saya sampaikan, tanyakan lebih lanjut kepada pegawai tersebut.  

pastikan juga bila anda membuat pengangguhan di cawangan, sebulan selepas hantar dokumen, call atau pergi ke kaunter yang anda hantar dokumen tu dan pastikan ianya telah diproses.  jangan jadi seperti saya yang telah dapat notis ketiga akibat tak bayar pinjaman walhal sejurus masuk ijazah saya dah buat penangguhan, tetapi HQ tak dapat sebarang dokumen.  kat situ dah kena blacklist sebab dah lebih dua tahun.  jadinya saya buat penstrukturan semula dan Alhamdulillah selamat dari blacklist tersebut.  

okay itu sahaja setakat ini.  maaf andai tersalah info atau untuk lebih lanjut anda boleh terus ke HQ ptptn di jalan yap kwan seng, kuala lumpur.




No comments:

Post a Comment