Monday 26 March 2018

One Utama Baseball Batting Cage




Siapa pernah pergi baseball batting cage dekat one utama?? Mesti satu pengalaman yang baru untuk yang baru bermain kan? atau untuk yang baru mencuba.

Alhamdulillah, semalam saya sempat meluangkan masa untuk ke sini. Dah lama sebenarnya nak cuba, tapi semalam baru dapat.

jalan masuk dari hujung tu


Okay, sempena birthday boy semalam, saja lah nak bawak cuba aktiviti sikit instead of tengok wayang tengok wayang dan wayang.. 

Tempatnya dekat Rooftop NEW WING, Sports Centre, One Utama.... Landmark, cari lah Coffe Bean and Tea dekat level G323C tak silap, then tepi tu ade lift, naik lift tu terus ke tingkat UR di mana tempat aktiviti sukan... Kalau naik lift ni memang terus je sampai kat Batting Cage tu..

Keluar je lift dah excited nak main, masuk dalam then buat bayaran :

Kalau yang pertama kali nak cuba , boleh lah pilih bola yang besar softball sikit sebab senang nak pukul.  harga pulak okay tak mahal.

baseball untuk bola kecik, softball untuk bola besar. 



RM6 untuk 1 token, 1 token boleh buat 15 pukulan.
RM27 untuk 5 token,
RM50 untuk 10 token, main lah sampai puas.



Then ambil lah topi keselamatan dan naik atas. Nanti cashier akan bagi tahu korang kena naik ikut mana.

Disebabkan saya pun pertama kali cuba, so ambil RM27 kongsi dua orang.. tu pun sampai lenguh tangan.

Kalau korang nak cuba sesuatu yang lain dari aktiviti biasa, boleh lah cuba aktiviti ni..  



Kalau korang nak tahu jugak, sekitar kawasan situ pun sebenarnya ada satu port di mana 'Karnival Games' macam yang dekat funfair tu ade disediakan... Tapi kalau nak main, kena tanya dekat kaunter dulu.. boleh jugak bawak anak-anak atau kanak-kanak untuk cuba..

Selamat Mencuba! 

No comments:

Post a Comment