Rasa lama pulak tak menaip dengan laju. hahaha
sabtu semalam dan ahad hari ni, saya dan keluarga pergi ke Gold Coast Resort, Morib sebab ada hari keluarga jabatan tempat abah bekerja.
semalam buat pertama kali setelah dua tahun tak dapat berenang disebabkan bahu tangan sebelah kiri patah dan akhirnya semalam dapat berenang kembali.. Takut jugak nak cuba semalam, ye lah, nak berenang bukan je pakai anggota kaki, malah tangan jugak sebab nak mengayuh, *mengayuh ek? haha apa-apa je lah.. hah, tangan digunakan untuk mengayuh.. so, disebabkan bahu belah kiri patah kira-kira dua tahun lepas, aktiviti berenang diberhentikan serta merta gitu. hahaha
kalau masuk air pun setakat main-main air je, selam-selam.. cam tu lah. sebab takut nak mengayuh kang, patah lagi.. hehe *bajet macam pandai gila berenang kan? haha tak de lah pandai sangat. tapi BOLEH lah berenang kalau orang tanya tu.. hihihi
so, sabtu tu dengan beraninya lepas main gelongsor air yang pusing-pusing ape ke namanya, hentam je lah kan, cubalah berenang. dan Alhamdulillah.. Boleh dah.. Seronok gila kot dapat berenang balik.. hehe
Anyway, Water park dekat gold coast Morib memang best walaupun tak banyak sangat yang boleh main, tapi ade lah dua tiga permainan air yang boleh main.. Selain dari tu, semua untuk budak-budak je.. hehe
Well, orang pergi hari keluarga, join aktiviti, yang kami tiga beradik pergi masuk water park. hahaha maklumlah, kami sampai pun lambat sikit dalam pukul4. Aktiviti start pukul4, dengan nak check in, letak barang lagi.. Sampai bilik, tukar baju terus pergi pantai ada aktiviti katanya. Kami pergi, tapi tahan 10 minit je. haha lepas tu hilang dekat water park.. Tinggal abah je join. Mak pulak dekat bilik, rehat katanya.. Penat..
Malam tu pulak ade dinner jabatan.. Makanan memang banyak lah kan. Sampai dah nak habis program saya boleh pergi bantai amik udang bakar dengan ayam bakar lagi.. hahaha nafsu makan memang kuat, tapi badan kecik je. haha semua jatuh kat perut... *mata ke atas tangan ke bahu. hahahhaa memang banyak lah makanan sampai tak muat perut dah....
Hari keluarga kali ni memang meriah dan best.. Petang sebelum dinner tu, saya dan mak sempatlah pergi tengok matahari terbenam dekat pantai.. tengok lah gambar syok sendiri ni ye. hihi
gambar bawah ni masa dinner malam tu..
No comments:
Post a Comment