Tanda Allah Sayang Kita
bila aku mula bermuhasabah diri, aku rasa makin kerap aku dilanda ujian dan dugaan dalam hidup ini. bukan ujian kecil, tapi boleh mematahkan semangat aku untuk terus hidup. bukan untuk meraih simpati sesiapa tapi cukup hanya untuk berkongsi. alhamdulillah, aku masih mampu hadapi ujian dan dugaan yang mendatang dalam hidup ini. bak kata mak, "selalulah muhasabah diri".. bukan aku tak buat, malah selama aku tinggal sorang-sorang sejak habis diploma ni dan masih tidak bekerja, datang jugak rasa keinsafan dalam diri. betapa khilafnya aku tentang ilmu agama dalam diri.
"tiada kejayaan tanpa kegagalan" ya, aku pernah gagal dalam hidup, dan tidak bererti gagal sekali akan gagal selamanya. selagi aku berusaha, selagi aku tahu tahap maksimum aku di mana, selagi tu aku tak kan berhenti dan mengalah dengan dugaan Yang Maha Esa.
kalau nak diceritakan, mungkin tak kan mampu habis untuk malam ini bagaimana aku diburukkan, dituduh, dipanggil jahat atas apa yang aku tak buat, aku dihina, dikutuk, dijatuhkan, dianiaya, diugut dan macam-macam lagi oleh segelintir orang, namun itu semua tidak mematahkan semangat aku untuk hidup di dunia ini. biarkan mereka berkata apa yang mereka mahu, dan biarkan Tuhan sahaja yang membalas segala perilaku mereka. aku pasrah andai itu takdir aku untuk merasa walau sedikit kebahagiaan dunia, dan akhirat kelak.
aku sentiasa cuba untuk menjadi yang terbaik, tetapi apa yang mampu aku lakukan tidak mampu untuk melawan takdir yang telah tertulis untuk insan bernama Nur Najwa ini. hanya dorongan dan semangat orang sekeliling menjadi penawar hati ini..
selesai sahaja masalah perhubungan cinta, masalah keluarga pula muncul silih beganti bagai tidak mampu untuk melihat aku duduk tenang seketika.. aku perlu hadapi dengan matang. dengan tenang. satu persatu, selesai masalah keluarga, masalah tentang masa depan aku pula datang menggantikan masalah yang telah selesai. Ya Allah, begitu banyak aturan kau atur untuk hidup aku.. Apakah ada kebahagiaan buat aku selepas ini? aku redha. aku pasrah.. aku tahu, ujian dan dugaan ini tanda Allah itu sayang pada aku dan aku hamba terpilih.. orang terpilih ini selalunya bertuah, dan aku rasa sungguh bertuah kerana dipilih untuk ujian yang telah Engkau aturkan.
satu lagi masalah menjelma dan aku tak tahu kapan ianya akan berlabuh tanda berakhirnya semua ini.. aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar diringankan ujian ini untuk hambaMu yang kerdil ini. yang pasti, doakan semoga ini semua akan berakhir dengan kebahagiaan dan kegembiraan dan akhirnya kemenangan itu milik aku jua. insya Allah..
No comments:
Post a Comment