Saturday, 19 October 2013

FAKERS





hai hai.. hari ni rasa nak cerita tentang FAKERS.  hehehe 

rasanya semalam kot aku terkena dengan penyamar ni.  okay macam ni mula nya.  aku online fb hari rabu hari tu, then tiba-tiba ex aku ni hantar chat dekat aku.  terkejut lah aku.  sebabnya memang dah lama tak contact die kan.  dan.  dia panggil aku sebijik nama panggilan yang biasa dia panggil.  so aku ingat betul lah dia.  aku pun layan kan lah aje.  tapi ade rasa pelik sikit bila aku tanya pasal studies dia.  dulu waktu putus dengan dia tu, dia tengah ambik degree dekat UTM Skudai, tiba-tiba hari tu aku tanya, dia kata masuk UNISEL balik.  and cakap lagi 3 tahun nak habis.  aku dah rasa pelik.  tapi senyap je lah.  sebab ingat dia tukar kampus ke apa kan..  layan punya layan, tiba-tiba hati aku tergerak nak tahu sesuatu.

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

nak tipu aku, tapi tak dapat.  hari khamis nya aku dapat masuk fb ex aku tu dan dapat tahu sebenarnya bukan dia yang chat dengan aku sejak semalam tu.  rupanya orang lain..  jangan tanya macam mana aku dapat password, sebab dulu masa belajar aku ade belajar web design, so senang je kalau nak hack fb orang.  cuma nak tak nak je.  kalau nak aku boleh buat.  macam kes ni, bila dapat tahu je kena tipu terus aku tukar password fb ex aku tu.

patuulah lain macam je gaya chat nya.  aku ingat dia dah berubah, rupenya orang lain.  nasib baik aku pandai.  kalau tak, mati-mati kena tipu hidup-hidup.  what a life!!

aku duk baca lah chat die dengan orang yang komplot tu sekali.  bukan aku tak kenal.  aku kenal kot.  budak yang sama yang kacau kami dulu.  budak sekolah menegah.  siap cakap, tergagap nak jawab ape aku tanya dekat member sorang lagi.  hurm.. tak pe. aku maafkan kau.

satu lagi sebab kantoinya adalah kau sendiri yang buat kantoi.  waktu chat tu, ex aku tnye psl blog aku kenapa tak boleh bukak.  aku cakap lah aku dah tukar link lain.  then aku bagi die link baru blog ni.  bila aku dapat tahu je kena tipu, tiba-tiba budak yang menyamar tu buat baru buat blog.  tertera hah dekat wall fb dia.  dan yang lagi kantoi, sehari atau beberapa jam lepas aku bagi link blog aku ni.  hahaa nampak sangat kan??  tak paham? tak pe.  kalau korang kat situasi aku masa tu, korang paham macam mana budak tu kantoi pasal blog.  aku pun duk pergi lah tengok blog baru buat tu.  baru ade dua post.  dan tarikh tu, tak yah cakaplah, mesti korang boleh teka.  tarikh yang sama aku bagi link..  hah.  nampak sangat amatur nya. haha 

aku gelak-gelak je tengok perangai budak ni...

lain kali nak kenakan or tipu orang tu, biar pandai sikit ye.  jangan jadi tak pandai.  ingat aku tak belajar semua tu?  aku siap amik computer sains dengan web design lagi dekat UiTM tu hah.  setakat nak hack, tak de masalah lah.  aku boleh buat kat semua orang.  cuma nak dengan tak nak je.  ye lah, memang bagus ade skill macam tu, tapi gunalah untuk kebaikan.  bukan untuk kejahatan.

ada lagi nak cerita,  tapi macam malas dah.  yang penting, rahsia kau nak kenakan aku tak menjadi lah!! kasihan.. jangan ingat aku kecik, aku baik, aku tak boleh buat.  aku ada agama, tak guna nak balas dendam ke apa.  dah lah, aku rasa kau better pergi main jauh-jauh.  dari sekolah menengah lagi tak habis nak kacau hidup aku.  mungkin.  hidup aku lagi baik dari kau kot.  sebab tu asik nak kacau je.  what a pathetic girl.. haha

nak bukti ke? tak yah lah kot.  malas lah nak print screen semua benda. hahaha sebab kan, dulu pernah main print screen ni, pastu jadi isu pulak. yang tu pun stalker terhebat aku..  siap dekat luar negara pun hari-hari stalk blog aku.  hahahhaa


No comments:

Post a Comment