Wednesday, 16 October 2013

Kenyataan atau Pendapat





hai uollls.. tiba-tiba terpanggil untuk bagi pendapat tentang satu perkara.

macam ni, pernah tak kita berjumpa dengan wanita yang free hair, tapi solat sentiasa jaga??  die sosial, tapi solat masih jaga?  pernah?? aku pernah.  banyak kali.  kalau nak balik kampung masa raya tu, banyak je jumpa.  free hair baju ketat, seluar senteng, tapi masih jaga solat.  yang bertudung, tapi tak solat?  pun ade jugak..  maaf pada yang terasa.  cuma nak bagi pendapat.

well, bila kita menilai orang, konfirm kita tak boleh nilai berdasarkan luaran je kan?  kita perlu kenal dia dulu then baru boleh nilai dia tu.  even kalau kita dah kenal lama pun, hukum menilai orang tu bukan terletak pada diri kita.  semua orang tahu, Allah yang berhak menilai setiap kejadian.

berbalik soal yang free hair tadi.  sekali tengok, pasti kita akan cakap yang negatif tentang orang tu sebab kita tak tahu apa yang dia buat, kita hanya nampak luaran je.  tapi dia jaga solat dia.  solat itu tiang agama.  mungkin sebab itu dia harus jaga solat dia walaupun dia tidak menutup aurat.  tapi persoalan di sini, bila kita ajukan, adakah anda beriman?? ajukan kepada wanita tadi..  pasti.  pasti dia akan melenting sebab soalan yang boleh dikira amat sensitif untuk dia jawab atau diajukan dekat dia.

jawapan mungkin, "saya tak berhijab tak bermaksud saya tak beriman.  dan orang yang berhijab juga tak bermaksud mereka tu beriman sangat."  mungkin itu jawapan.  mungkin.

dan pada pendapat saya pula,  ye. betul.. kita tak boleh menilai iman seseorang berlandaskan apa yang mereka pakai, apa yang mereka buat.  seperti contoh, wanita tadi.  TETAPI, jika dia beriman, dia akan menjaga segala apa yang telah ditentukan.  dia akan menjaga aurat dia.  halal haram. segalanya, bila kata dia tu beriman.  dan yang berhijab juga tak bermaksud mereka itu beriman sangat.  malah, mereka itu lebih baik dari wanita tadi yang dia free hair tetapi menjaga solat. kerana mreka menjaga aurat seperti mana yang telah ditentukan.

walau apa pun. niat kita itu penting.  tak semestinya kita perlu berhijab untuk membuktikan kita ni beriman walhal tidak pun.  dan tidak semestinya kita free hair, kita perlu tunjuk dekat orang yang kita jugak beriman walaupun tidak menutup aurat.  tepuk dada tanya selera.

"jika anda beriman, anda tidak akan melanggar hukum Allah" 


No comments:

Post a Comment