Saturday, 16 November 2013

Andai Ku Bercinta Lagi





Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

dulu, dia jadi yang terpenting.  tapi tidak lagi sekarang.
dulu, dia jadi tempat luangkan masa.  tapi tidak lagi sekarang.

"awak dengan siapa sekarang?"

nak jawab, tapi tak da jawapan.  lalu ku biarkan jawapan itu dijawab dengan soalan lain.  sepi seketika.

perbualan bersambung sampai aku terlupa dinding yang telah aku bina.  aku tidak menjadi aku.  aku berlagak tenang di hadapannya.  tapi dia masih sama.  ada getaran dalam nada dia.  aku dapat rasa.  getaran yang aku tahu dia kaku,  dia gementar.

mampukah aku?  untuk bersua lagi. .  jemputan itu ku biarkan sepi.  tanpa jawapan.  ikhlas dari hati.  

diam tak diam.  aku semakin lupa kenangan itu.  sumpah.  aku dah lupa apa yang kita luangkan selalu.  apa yang kita lakukan selalu.  alhamdulillah.  aku dah boleh teruskan.  

kenangan.  semua orang bermain dengan kenangan masa silam.  mengajar kita erti untuk tabah.

dan, andainya ku bercinta lagi.  biarlah ianya 2,3 tahun lagi.  atau mungkin tidak mahu bercinta lagi.

aku tanya hati aku.  aku tanya diri aku.  sepi.  tiada jawapan.  


No comments:

Post a Comment