Saturday, 16 November 2013

Proses Mengubati Hati Yang Luka





Bismillah.  masa aku putus cinta dulu, kawan aku suruh aku jatuh cinta lagi sebab dia cakap itu ubat kalau patah hati.  tapi betul ke akan sembuh kalau bercinta lagi?

Yang penting bagi aku untuk rawat hati adalah masa.  Masa yang menentukan segalanya.  Masa jugaklah yang beri kita ruang untuk cari balik diri kita sebelum ni.   Mungkin jatuh cinta lagi dapat meredakan sakit di hati.  Tapi masa, bukan setakat meredakan sakit tapi mampu menyembuhkannya juga.  

Dalam keadaan kita yang tak bersedia, kita diputuskan,  apa rasa?  Perasaan kecewa, sedih, marah, semua pasti ada.

Sekarang tanya diri korang, apa perlu korang lakukan?  Terima cinta baru?  Atau memberi kesempatan kepada diri korang untuk mengasihani diri sendiri.

Jum kita tengok apa kita boleh buat untuk merawat hati yang luka bagai ditusuk sembilu buta tadi..  hehee 

Peringkat pertama ialah masa berduka.  Korang boleh menangis sepuas-puasnya atau menikmati sebaiknya kesedihan korang.  Memang nampak macam lemah tapi tak salah menangis atau berasa kesal sebab itu mungkin kesalahan korang.  Kadang-kadang menangis juga dapat membuat korang lega.

Peringkat kedua ialah luangkan masa untuk meluahkan perasaan.  Ketika ini, kawan baik korang sangat diperlukan.  Luahkan semua yang korang rasa tentang bekas kekasih korang itu.  Ceritakan sampai korang puas hati.  korang juga tidak akan merasa keseorangan sebab korang masih ada kawan-kawan.

Peringkat ketiga, luangkan masa dengan kawan-kawan untuk bersosial.  Mungkin korang boleh pergi becuti, menonton wayang atau bermain futsal.  Alihkan kesedihan korang kepada kegembiraan.  Dengan cara ini, korang akan belajar menikmati kebahagiaan dengan kawan-kawan, bukan pasangan.  Itulah gunanya kawan-kawan.

Peringkat terakhir ialah masa untuk menilai seseorang.  Elakkan diri korang dari terlalu mudah jatuh cinta.  Ambil lah masa korang untuk nilai kebaikan seseorang tu.  lebih lama lebih baik.  jangan tersalah langkah macam cinta yang lepas.

Tapi korang kena ingat, setiap peringkat itu boleh korang lalui dengan cepat atau lambat.  Jika dalam masa itu ada yang menghulurkan cinta baru, jangan terima sebab hati korang masih berdarah.  Kalau masih tak dapat lupakan seseorang, jangan terima cinta yang lain.  Jangan jadikan seseorang sebagai batu loncatan untuk melupakan seorang yang lain.  Menerima cinta dalam keterpaksaan adalah cinta palsu.  Dan jika dia benar-benar mencintai korang, dia akan sanggup menunggu.


sumber:  google 


No comments:

Post a Comment