Sunday, 3 November 2013

Dalam Tak Sedar, Kita Riak






Kita sesungguhnya sebagai insan adalah makhluk yang sangat lemah. Allah swt sendiri menjelaskan hakikat ini dalam firman-NYA yang bermaksud, 

"dan manusia dijadikan bersifat lemah" (surah an-Nisaa' ayat 28).. 

Lemahnya seorang manusia itu sehingga ia pada bila-bila masa sahaja terdedah dengan kesilapan dan kesalahan. Bila-bila masa sahaja dan sesiapa sahaja...termasuklah seorang da'ie itu sendiri.

Dalam tak sedar, tanpa kita sedari kita telah menjadi seorang yang riak.  ataupun berkelakuan riak yang juga bermaksud syirik secara halus.  hah?  besarkan perbuatan riak ni?  

Riak ini adalah salah satu penyakit hati.  Penyakit hati ini, wujud tanpa kita sedar, kita rasa macam tak ada apa-apa, tapi hakikatnya ia telah merosakkan seluruh ibadat kita.  Disebabkan riak, amalan kita mungkin tidak diterima Allah.  Rasulullah juga risau dan telah berpesan bahawa jauhkan dari sifat ingin menunjuk-nunjuk ketika beramal kerana ianya menyamai syirik.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).

Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?
Baginda menjawab: Riak."
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

Kesan riak sebenarnya besar.  ia boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu.  
Firman ALLAH lagi yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir."

(surah al-Baqarah, ayat 264)

Paling mudah disimpulkan, riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau pernghormatan orang lain.

Kadang-kadang apa yang kita buat seharian kita tak sedar kita telah pun riak.  contohnya macam, " eh, tadi aku pergi beli kuih kat kedai abang man, pastu ada sorang budak tu tegur, cantik nya kulit aku.  wah, seronoknya aku"  itu adalah antara contoh riak tanpa sedar.  Buat apa nak bagi tahu satu dunia tentang semua itu?  untuk apa?  untuk dapat vote tinggi?  tapi korang tak tahu, bila korang susah, semua yang memuji tu tak semestinya tolong korang kan?

kadang-kadang jugak kita sendiri susah nak tahu niat kita dan terganggu dengan perasaan senang bila orang memuji.  sentiasalah beringat pada peringatan Allah, sucikan hati dengan selalu mendekatkan diri padaNya, bersihkan niat dan bersederhanalah dalam beribadah.  Tak perlu menunjuk siapa-siapa tentang amal ibadah yang kita lakukan.  Insya Allah, Allah permudahkan segalanya jika niat kita itu betul.  Sekian. 

No comments:

Post a Comment