Kesedaran
how should i explain things that are hard to explain? takut bila bukak mulut, yang tu pulak terasa. bila tak bukak mulut, kesian pulak dekat dia. macam mana ek cara nak bagi orang tu sedar. buta hati. iya. dia telah buta hati.
berborak petang tadi. rindu. sampai sanggup dia tukar gambar sebab tak nak lukakan hati aku. sweetnya dia. tapi macam mana aku nak sedarkan dia dari lena dia yang panjang. mimpi-mimpi dia yang mustahil untuk jadi kenyataan. fantasi dia yang entah kapan akan berhenti.
aku kasihan. dia hanyut dalam dunia dia sendiri. dalam dunia yang dia reka.
luka. pedih. sakit. kecewa. semua dalam satu tatkala dia mengikut rentak itu. rantak yang dia tahu akan menyeksa diri sendiri. dari dulu bertahun-tahun dulu. sedarlah wahai kawan. sedarlah..
permainan itu. aku tahu sekadar bermain dengan hati dan perasaan dia. untuk apa, aku juga tak tahu. tanya yang empunya sang pencerita. andai engkau rebah. aku ada di sini. jangan risau. jangan khuatir. aku tetap akan bantu engkau untuk bangkit.
tapi. jika ia menjadi satu kenyataan. aku tak hairan. jauh sekali untuk ucap tahniah. sebabnya aku sudah tahu sejak dulu lagi. banyak yang dirancang untuk ke tahap itu. aku hanya mampu melihat segala permainan itu. permainan fantasi kau.
berhentilah menyakiti dia. berhentilah. jangan kerana engkau ingin menang dalam permainan itu. pemain lain engkau aniaya.
Ya Allah, Engkau lindungilah Sahabat aku ini. jauhkanlah dia dari segala tipu daya syaitan. sesungghunya Engkau Maha Mengetahui segala yang terjadi.
p/s : wahai Sahabat ku, aku tahu engkau derita dengan permainan itu. tapi engkau kuatkan semangat. tapi fikirlah, sampai bila engkau harus begitu?? sedangkan dia terus menang dalam permainan dia.
No comments:
Post a Comment