Saturday, 9 November 2013

Kau Pergi Jua





Kau pergi jua.

kau akan pergi.
tinggal aku sendiri lagi.

hati-hati bila di sana.
jangan mudah percaya.
kelak diri merana.

jika kau susah.
kau tahu mahu cari aku di mana.
aku masih di sini.
setia di tempat aku.

ku relakan kau pergi.
untuk mencari erti kehidupan.
untuk mencari hala tujuan.
untuk mencari sebuah bekalan.

dunia dan akhirat.

tapi jangan lupa.
tentang aku di sini.
wahai sahabat.

semoga bertemu lagi.
kalau umur ku masih ada.
kalau umur mu masih ada.
kalau jodoh itu milik kita.




2 comments: