Wednesday, 6 November 2013

Mata Yang Tidak Disentuh Api Neraka








Rasulullah SAW bersabda: 

“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah”. 

[HR: Tirmidzi]

Mata yang menangis kerana takutkan Allah ini adalah jenis yang tidak banyak dimiliki oleh banyak orang. Hanya mereka yang mempunyai hati yang suci bersih daripada segi rohani dan jasmaninya serta diiringi dengan rasa takut kepada Allah swt. Barulah nilai air mata yang mengalir kerana takutkan kebesaran dan keagungan Allah itu besar nilainya disisi Allah.

Ada banyak jenis tangisan diantaranya seperti yang disebutkan Yazid, beliau berkata :
"Menangis itu ada tujuh macam (7) : 

Menangis kerana bahagia. 
Menangis kerana sedih
Menangis kerana takut 
Menangis kerana riyak
Menangis kerana kesakitan 
Menangis kerana syukur 
Menangis kerana takut kepada Allah. 

Menangis kerana takutkan Allah inilah yang dapat memadamkan api yang besarnya seluas lautan." 

Rasullulah saw bersabda : 

"Tidak ada sesuatu yang lebih Allah sukai selain dua titis dan dua jejak , titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang mengalir di jalan Allah." 
( riwayat Thirmizir) 

Jenis mata yang kedua ini yang tidak akan disentuh oleh api neraka. Iaitu seseorang yang sanggup mengorbankan sisa malamnya hanya semata-mata beribadah mendekatkan diri kepada Allah di mana orang lain sedang nyenyak tidur di perbaringan. Mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan solat-solat sunat dan zikir-zikir yang dapat melembutkan hati yang keras. Merasakan diri ini adalah sebagai hambaNya yang lemah yang hanya meletakkan harapan semata-mata kepada Allah dan mengharapkan ikhsanNya. Percayalah dan berharaplah bahawa sesungguhnya besarnya dosa kita ini besar lagi pengampunan Allah kepada hambanya. Kita masuk syurga kerana ikhsanNya dan masuk neraka kerana keadilanNya. 

Dua mata ini pada hari kiamat yang akan mendapat naungan yang tidak akan ada naungan melainkan naungan Allah SWT. 


 

No comments:

Post a Comment