kisah kawan baik bahagian 1
Bismillah. Entry kali ni jiwang sikit. kalau rasa akan muntah ke apa, jangan baca...
bermulanya aku kenal dia sebab kami sama-sama satu UiTM, kenal pun dekat FB, masa sem satu kan baru kenal kawan baru, masa tu jugak galok nak add FB kan, so orang add, kita approve. kita add, orang pulak approve. gitu. sampailah kawan jadi beriban. semua kawan UiTM, lagi-lagi kalau femes kan. hehe
selalu chat, tak pernah jumpa pun dekat sekitar U tu. dari aku single, dah berpasangan, single balik, pasang balik. hahahaha dia tetap jadi yang setia dekat chat tu. kami rapat. sampai ada nama panggilan sendiri yang mungkin tak de orang lain tahu.
suatu hari, semester5, aku makan dekat kedai dengan housemates. tiba-tiba housemate kata dia ada ajak sorang laki join. kami pun okay lah. dan tiba-tiba terpandang satu wajah yang biasa aku nampak. rupenya kawan fb tu. kami selalu chat tapi tak pernah terserempak mahupun simpan no telefon masing-masing. terkesima jugak. nasib baik tak duduk depan depan, kalau tak, mahu aku balik time tu jugak. haha
lepas balik, baru aku ceritakan dekat housemates yang aku memang kenal budak laki tu, aku cakap yang kami rapat lah jugak. housemates cakap, patutlah bila tengah borak, asyik pandang aku je. aku tak perasan, tapi mereka perasan sebab dia duduk sebelah member yang duduk berhadapan dengan aku.
tiba-tiba, entah macam mana aku lupa, kami selalu texting, selalu ajak makan sama, keluar cari barang ke apa kan. aku tak rasa apa-apa lah masa tu, sebab niat aku berkawan dan aku masa tu pun ada bf. ex bf aku ni pulak, memang tahu semua yang aku buat. tak kisah dengan siapa aku keluar janji aku bagi tahu dia. baguskan? hurmmm
okay, ada sekali tu, aku balik kelas petang. aku tanya dia buat apa. dia kata tengah goreng mee. rajin pulak. aku tak balik rumah terus, pergi rumah member dulu sebab ada kerja sikit nak buat. masa tu dah nak petang, dia kata dia nak ambik aku sebab nak bagi mee goreng. dia pun amik kat rumah member and hantar rumah.
masuk rumah, aku letak atas meja mee tu. aku cakap dekat housemates aku yang kenal dia jugak, yang malam tu bawak dia makan tu, then dorang tanya, kau yakin ke nak makan mee tu? tak takut ke dia letak apa-apa ke? akhirnya aku tak makan pun mee tu sebab terpengaruh cerita dorang tu.
ya, banyak kali jugak dia luah perasan dekat aku sedangkan dia tahu aku masih ada kekasih hati masa tu. dia baik, caring, tapi entah. ada satu sikap yang buat aku tak berapa selesa. kalau aku tak de bf pun masa tu, aku rasa tak mungkin aku dengan dia bersama kot... hihi
dia selalu bawak aku makan tomyam sebab dia tahu aku suka makan tomyam. tapi setiap kali dia bawak, mesti tomyam tu ada yang kurang, tak sedap lah apa lah. akhirnya tempat yang aku bawak jugak yang okay.
bersambung......
No comments:
Post a Comment