Thursday, 16 January 2014

Debaran Kian Terasa



Bismillah.  dap dip dup, dap dip dup di dalam dada.  eh eh?  haha 

Diam tak diam, lagi berapa hari je untuk inteview dengan tnb tu, rasa takut dah mula menjalar. eh? hahaha  hari ni cuti, so hari ni je lah yang boleh selesaikan semua benda.  pagi-pagi pergi bank selesaikan hal, mula-mula niat nak teman akak tempat kerja je sebab dia ada masalah dengan bank, then, malam tadi, realizes, aku pun ada hal nak kena settle, so alang kepalang, settle lah sekali dekat bank tu.

lepas settle hal bank, pergi makan dulu dengan kakak tu, sebab ada masa lagi sebelum dia start kerja.  lepas tu, pergi beli barang sebab malam ni nak buat kek.  eheh esok boleh bawak bagi akak tu rasa.  hihihi

lepas tu, terus pergi shah alam nak ambil transkrip diploma.  patutnya kena ambil dekat cawangan kita study dulu, tapi sebab masa tak mengizinkan, so aku pergi terus shah alam, senang.  tapi, alasan kena mantap okay.  kalau setakat alasan jauh, memang tak lah dia nak bagi.  hehe  aku pun malam tadi, tanya lah member-member kelas dulu alasan mantap apa nak bagi nanti.  last-last dapat lah jugak.  well, at least logik akal.

settle transkrip, terus balik.  dalam pukul 5 jugak lah baru habis.  penat.  dah lah tak tahu jalan. haha  tu yang payah aku ni.  kenderaan ada, tapi jalan tak tahu.  haha ye lah, dulu sebelum ada kereta kan ada orang tolong bawak ke hulu ke hilir, now, semua kena buat sendiri.  abah pun dah malas nak layan karenah aku suruh hantar merata tempat.  hihi

***

so, lepas ni, kena rajin lah explore jalan ye wawa.  kalau area dekat-dekat rumah, puchong ke, bangsar ke, pj ke, pantai dalam ke tahu lah jugak.  kalau dah masuk kl, shah alam, subang segala memang aku sesat nanti.  hahaha 

pernah sekali, aku dengan adib dari pahang nak balik puchong, boleh sesat sampai area batu caves tu. hahaha  adib pun noob, aku apatah lagi.  padahal kan, selalu balik kl naik bas.  bila dah naik kereta, semua jalan tak ingat.  kejap situ kot, kejap sini kot.  last-last guna perkhidmatan encik gps.

ada lagi kes aku sesat.  naik lrt, sampai orang tanya aku, "adik ni orang kl ke?", hahahah malu gila nak jawab.  alkisahnya, naik lrt yang dah berkurun nak naik.  nak pergi mana entah masa tu, salah lrt dan salah jalan.  so, aku tanya lah penumpang lain.  then mereka jawab tu, ingat aku dari kampung.  hahaa dah sah-sah lahir kl dekat surat beranak tu.  hahaha

well, kita kadang-kadang tak boleh nak expect yang kita dari kl, kita akan tahu semua pasal kl sebab kita pun tak habis explore lagi.  so, jangan harap kita tahu semuanya.  

hah, panjang pulak bebel.  wish me luck guys for the interview soon, very soon.  arghhhh, i am stress now.  
hari ni kerja buat resume, print out, alhamdulillah.  now kena prepare info pasal company tu dalam kepala otak.  hehe

till then. adios. 


No comments:

Post a Comment