Lepas Sudah
Bismillah. jum cerita pasal interview hari tu. Alhamdulillah. selesai sudah sesi temuduga hari isnin lepas. aku rasa aku dah buat yang terbaik. tapi kalau boleh patah balik, nak buat lagi baik sebab rasa macam ada yang kurang.
Dua panel tu antaranya adalah orang yang kenal mak aku. dan salah satunya, seorang ustaz masa aku duduk kat bangsar dulu. seorang kenalan abah aku jugak. so, kiranya, mereka ni kenal keluarga aku. huhu takut pun ada jugak. dah la duduk bertentang dengan ustaz tu. masa duduk bangsar dulu, kenal jugak lah ustaz tu sebab aku berkawan dengan anak dia. hihi
alhamdulillah, semua berjalan lancar. lepas interview terus pergi pantai hillpark ambil kawan baik sebab nak pergi lunch sama-sama. lepas amik dia, terus gi mandikan kereta yang dah seminggu tak mandi tu. hehe area situ jugak mandikan. dia ni dah kenal sejak darjah satu sampai lah sekarang. 16 years of friendship. my bestfriend.
pergi makan dekat bangsar sebab memang dah lama nak try dip n dip. asyik duk tengok orang upload gambar kat instagram je, aku pun nak jugak kan. ehhee oh ye, pergi bangsar masa lunch hour. so memang tak de parking. harap maklum. last-last parking kat bangsar village je. sebelah tu ada masjid saidina abu bakar, tempat aku sekolah agama dulu. hihi tiba-tiba teringat kenangan sekolah.
lepas makan, jalan-jalan dekat situ. kalau korang nak tahu, dekat bangsar, dekat area jalan telawi tu, area bangsar village, memang banyak butik baju okay. window shopping je.. ehhe sambil borak-borak, yeah, we were fun.
then balik, hantar dia dulu pastu aku terus gerak balik rumah.
No comments:
Post a Comment