Thursday, 24 July 2014

Iftar at ikea






Bismillah.

well just nak share something.  orang lain dah berjela entry pasal iftar, aku baru nak up satu entry kan.  haha 

so, lets get started.  hari isnin hari tu iftar dengan geng pandu puteri masa sekolah menengah dulu.  tapi tak semua lah.  yang rapat dengan kami je.  hihi

aku gerak dari rumah pukul3 petang, ambil atiqah dekat pantai hillpark then terus menuju ikea.  katanya nak berbuka meatball ikea.  layankan aje.  pusing sana pusing sini, tepat pukul 4 petang siap park dah dalam ikano.  orang pun tak ramai dan parking pun bersepah masa tu.  masa tu lah.  pukul 4 petang.  alkisahnya kenapa nak keluar awal sangat sebab takut jalan jem.  hihi

sekali tak pun, jalan lancar je ke bandar utama tu.  tak pe lah.  at least sampai awal tak kelam kabut kan.  boleh cuci-cuci mata jugak.  yang lain katanya sampai nak berbuka nanti sebab mereka memang nak keluar lambat.  sekali amik kau, jalan jem.  haha nasib baik aku gerak awal dengan atiqah.

pukul 6 masuk lah foodcourt ikea tu ingat nak book tempat lah kan.  sekali tak boleh sebab untuk bulan puasa ni ikea ada buat buffet ramadhan.  kalau nak makan meatball je boleh, tapi limit sampai pukul6 petang je.  sebab buffet akan disediakan start pukul7.  so kiteorang decide masuk buffet je.  and yang paling bestt, buffet ni speacial nya meatball boleh amik beribu.. hehe ye lah buffet kan, mesti boleh tambah.

and harganya rm42.50 seorang dewasa.  kanak-kanak rm21.00.  makanlah sampai puasa ye,  makanan pulak memang memuaskan lah.  ade kambing bakar, ade nasi goreng, ayam masak berempah, sotong sambal, kuih muih, buah-buahan, dan macam-macam lagi lah.  cuma aku tak sempat nak makan kambing golek tu sebab tak minat kambing sangat.  haha

makan-makan, borak-borak, lepas solat maghrib, sesi bergambar pulak.  hihi ade pulak geng yang memang tak lepas kalau tak amik gambar kan, macam-macam gaya ada.  hehe perempuan kan.  biase lah.  gerak balik dalam 9.40 and lepas hantar atiqah balik sup sap sup sap, sampai rumah 10.30 malam.  alhamdulillah selamat sampai.  

well, i'm having a good day iftar with them since lama tak jumpa sebab masing-masing study kan.  semua pulak tengah amik degree.  huhu a gang of degree holder insya Allah.  ade yang dekat overseas, dan ade yang local je.  apapun, aku doakan korang semua berjaya nanti.  amin.









No comments:

Post a Comment