Tuesday 10 November 2015

Kenapa Hidup Single Lagi Best




Bismillah..

KENAPA HIDUP SINGLE LAGI BEST??

Pandang kiri, kawan dengan boyfriend, pandang kanan, kawan dengan tunang, tengok depan, kawan dengan husband, dekat belakang suami sorong anak dalam stroller. Sedih tak bila engkorang masih tak ada sapa-sapa sebelah kiri kanan depan belakang?? Sobsob jangan risau, jodoh pertemuan tu Allah dah janji dah. Akan ada pasangan untuk setiap makhluk Nya, mungkin masa untuk korang tu belum ada lagi.

So, untuk menghiburkan hati yang duka lara tu, meyh sini tengok antara sebab kenapa hidup single lagi best.

1. Bebas
Korang bebas nak buat apa sahaja yang korang nak, nak keluar dengan siapa pun tak kisah tak ada orang nak marah, nak cemburu, kena balik awal etc. Bebas kat sini bukan bebas sebebasnya tapi bebas dari kongkongan lah gitu.


2. Terkeluar dari carta pakai baju sama
Hah yang ni korang memang akan terkeluar dari list kena pakai baju sama color sama design sama brand, korang boleh pakai baju apa korang nak.

3. Tak perlu buat report
Yang ni rasanya paling heaven, selain parents, korang tak perlu nak report dekat sapa-sapa korang pergi mana, balik pukul brapa, dengan siapa, buat apa segala bagai. Just have fun and tak yah pening kepala pikir banyak benda.

4. Duit dihabiskan untuk diri sendiri atau keluarga
Yang ni paling ketara jugak lah perbezaan bila korang ade pasangan dengan tak. Duit korang habiskan untuk diri sendiri je, pergi shopping, tengok wayang, makan apa aja, dan untuk family. Tak yah nak belanja pasangan, dah kena keluar double pulak kan? Hihi

5. No drama queen or drama king
Ni jugak salah satu kenapa best bila single, korang tak perlu nak cipta drama atau hadap drama pasangan korang. Alaa drama sampai lambat lah, drama itu ini. Macam drama tv tu. Hehe

6. Banyak masa free
kalau tengok balik masa single dengan bila berpasangan korang sebenarnya banyak masa free.


No comments:

Post a Comment