Saturday 7 November 2015

Tanda Lelaki Itu Sesuai Untuk Anda







Bismillah.

Tak terlambat rasanya nak ucap Welcome November!  hihi 

so, kali ni jum kita tengok tanda-tanda lelaki tu sesuai untuk kita.  hah enkorang dah jumpa?  dah jumpa jaga elok-elok ye, macam aku yang tak jumpa lagi ni, boleh baca sebagai panduan.  hehe 

Selalunya orang perempuan ni susah nak percaya dekat lelaki mungkin kerana masa silam atau sebab lelaki tu memang tak boleh percaya.  korang rasa apa tanda yang korang dah jumpa pasangan yang sesuai untuk korang hidup bersama??

1. Percaya antara satu sama lain

Mungkin korang tak sependapat dalam beberapa hal, tapi yang penting korang percaya satu sama lain.  korang percaya kebolehan dan keinginan pasangan korang tu walaupun korang tak berapa setuju dengan cadangan atau apa yang dia nak buat. percaya is the key.  as long as korang percaya satu sama lain, tak akan timbul masalah lain.

2. Mengawal perselisihan faham

atau kata lain, gaduh.  yes.  korang tengok macam mana pasangan korang tu handle salah faham antara korang.  adakah dia jenis yang diam dan dengar penjelasan tanpa melenting dulu atau dia jenis marah tak tentu hala, tak nak dengar penjelasan, tuduh itu ini dan paling teruk mengungkit benda lepas.  kalau yang jenis diam dan dengar penjelasan, he's or she's worth to keep.  sebab bukan senang nak cari orang yang boleh kawal kemarahan dengan baik.

3. cara layanan

bila melayan pasangan depan orang lain, adakah dia memberikan tumpuan lebih kepada pasangan atau layan sama rata macam orang lain?  kalau dia layan anda lebih dari orang lain bererti korang ada kepentingan kepada dia.

4. pasangan korang faham korang?

salah faham terjadi bila masing-masing tak memahami kehidupan atau sesuatu yang berlaku antara korang.  korang rasa dia faham korang tak bila korang tengah marah, tengah sedih, tengah gembira atau reaksi dia sama je tak kira korang punya keadaan macam mana.  pendapat yang diberikan adakah ianya melegakan anda atau sebaliknya?

5. tanggungjawab

tanggungjawab yang perlu dia pikul, dia bagi kepada anda, tugas dia dia minta anda lakukan sebab dia ada hal lain??  lelaki atau wanita jenis ini tidak sesuai untuk anda jadikan pasangan hidup sebab kemungkinan besar tanggungjawab lepas kahwin akan jadi macam mana sebelum kahwin.

agak-agak cukup tak tanda-tanda ni untuk korang tahu pasangan korang sesuai atau tak dengan korang?  tepuk dada tanya selera.

ini sekadar pendapat dan jangan lah enkorang pergi percaya bulat-bulat lepas tu mula nak mengomel itu tak kena ini tak kena.

you just have to accept your partner just the way they are.  what has to improves, need to be improve. 

adios


No comments:

Post a Comment