Tuesday 2 February 2016

Short Trip ke Langkawi Part 3





satu post je satu hari trip, penat lah tangan nak menaipnya.. hahaha tapi tak pe, sebab suka nak bercerita kan..

lepas je sambut birthday dengan dinner, kami terus jalan-jalan sekitar pantai cenang tengok baju, tengok kedai-kedai yang ada.  dannnnn, murah jugaklah pakaian dekat sini.  singgah pantai cenang sebab memang dah plan semalam nak lepak pantai malam kedua.  so there we are.  kami cari tempat yang terang sikit sebab katanya ade game nak main.  weeee kami main game Werewolf.  walaupun first time for me, dapat jugak jadi werewolf untuk first game, then sambung sampai 5 game, sempat jugak buat prank lagi dekat azrul nak campak dia dalam laut tu. hehe ramai-ramai angkat dia, hahaha cuak gila muka azrul time tu. well, setahun sekali kan... rasakan. hee

Day 3

kami balik dari pantai malam tu dekat 2 lebih, tak masuk tido terus, lepak dulu habiskan kek tadi, borak-borak then baru masuk tido.  malam tu dah siap cakap, pukul 9 nak pergi breakfast, lambat sikit so boleh lah tido lama sebab malam tadi dah tido lambat kan.

tepat pukul 9 pagi kami pergi breakfast dekat area situ jugak.  then balik the cottage amik barang nak ke Kuah pulak untuk shoppinggggggggg..



sebelum sampai Kuah, kami singgah rumah sepupu teha dulu letak luggage sebab kalau dah shopping nanti konfirm tak muat kereta tu, sebab nora dengan teha nak beli luggage lagi..  then gerak terus pergi Haji Ismail Group Chocolate tempat famous kalau nak dapatkan chocolate.  lepas tu pergi Haji Ismail Mall pulak, dekat mall ni dia campur banyak barang tak macam yang chocolate khas untuk chocolate je.  

habis shopping kami pergi makan depan mall tu ade stall.  so lunch situ je dekat tak yah pusing-pusing cari tempat makan then terus ke Dataran Lang yang ade helang besar gila tu. hihi



pergi sana macam biasa amik gambar lah kan.. kami bernasib baik sebab trip kali ni ade dua photographer berpengalaman yang join. yasin dengan teha.  yasin memang dah biasa amik gambar orang kahwin, tunang, birthday, gambar aktiviti uitm semua dh biasa.  teha pulak pengerusi kelab photo dekat uitm, so yeahh, kerlas kau gambar dorang amik. hehe

lepas amik gambar, tiba lah masa nak pergi airport pulak untuk balik ke kuala lumpur.  solat dulu then terus check in barang.  hahaha nak balik ni terpaksa tambah extra 20kg baggage ye.. haha masing-masing terlebih beli...

so, conclusion, i was so happy to join this trip with my other 7 awesome crazy friends.  hope to see you guys in another trip.  Insya Allah. 











No comments:

Post a Comment