Tuesday 2 February 2016

Short Trip to Langkawi Part 2






Day 2

awal pagi abang tu dah bagi tahu pukul9.15 pagi dah kena ade depan cottage untuk ke pulau. so kami keluar sarapan dalam 8.15 pagi dekat area pantai cenang je.  tak nak pergi jauh sebab nak tunggu van ke pulau pulak.  lepas sarapan, kami balik the cottage amik peralatan dan terus tunggu depan kaunter.  Island Hopping ni kena bayar rm30 untuk ke tiga tempat iaitu Pulau Dayang Bunting, Eagle Feeding dan Pulau Beras Basah.  kalau korang nak pakej lain pun ade jugak.  harga pun lain lah.

sampai dekat jeti, dah ramai yang beratur jugak.  tapi nasib kami baik sebab kami yang first dapat naik bot. hehee alhamdulillah.  tempat pertama, pergi pulau dayang bunting.  pulau ni mitosnya orang kata ade seorang puteri ni terminum air dekat pulau ni dan dia pun mengandung sebab sebelum ni dah lama dia tak boleh mengandung.  and kalau korang boleh nampak, gunung yang ade belakang pulau ni seakan puteri tersebut dalam keadaan baring dengan perut yang bunting.  



dekat sini just mandi mandi air pulau tu je..  then next stop tengok eagle feeding.  wah pertama kali tengok burung helang rasa teruja sangat.  makanan helang ni mengikut abang bot tu, die bagi lemak ayam.  campak je dalam laut, berduyun helang menyambar makanan tersebut.  

then last kami singgah dekat pulau beras basah, lagi cantik dari pulau dayang bunting sebab die pesisir pantai.  pasir yang halus pemandangan yang cantik.  damai je walaupun dua orang je yang mandi kat itu azrul dengan chem.  habis island hopping dan dekat pukul1 so terus je pergi lunch dekat kedai area pantai cenang jugak.  makanan sedap tapi mahal sikit.  biase lah dekat pulau kan.



petang pulak dalam jadual kami akan ke Air Terjun Temurun, tapi tak kesampaian sebab langkawi masa tu dah tiga hari tak turun hujan, so tak de air dekat air terjun.  tapi alhamdulillah, cable car berfungsi dengan baik hari ni.  so kami naik cable car bayar jugak rm30 seorang.  sampai atas, puas hati walaupun takut takut nak naik.  lega sejuk nyaman..






balik dari cable car kami singgah Habour Park di mana semua bot atau kapal mewah akan berlabuh dekat sini.  boleh lah nampak bot mewah.  kami amik gambar duduk amik angin then terus balik sebab dah nak maghrib.  sebenarnya malam ni kami nak buat surprise untuk birthday azrul hari khamis nya.  so pakatlah dengan budak-budak ni.  alhamdulillah surprise berjaya dengan bantuan semua pihak.  tak terkata azrul malam tu.. masih nak control macho gitu. hahaha 

kami dinner sekali dengan surprise tu dekat Friends and Burger, hias tempat tu sikit, dengan kerjasama abang owner pasang lagu tutup lampu.  wahhhh..  esok paginya masa untuk shopping je dekat kuah.. 













No comments:

Post a Comment