Tuesday 2 February 2016

Short Trip to Langkawi Part 1





Bismillah...

Lama pulak tak jenguk sini kan. okay hari ni nak cerita pasal short trip to Langkawi dengan bff.  dan nk jugak cerita how to save your budget to Langkawi.  hehe

Minggu lepas, 26 - 28/1/2016 kami berlapan ke Langkawi.  kiranya trip ni konon trip lepas dah settle viva dan thesis.  masa untuk melepaskan segala penat lelah tak tidur malam berkejaran buat thesis..  sebenarnya, flight ticket dah booked awal bulan 10/2015 lagi.  sebabnya masa tu air asia tengah buat sale, apa lagi, cecepat budak-budak ni suruh book ke sana ke mari. hahaha so jadinya minggu lepas short trip kami.

a day before, nora tumpang tido rumah sebab senang nak pergi KLIA pagi tu.  maklumlah, ticket pukul 8.20 pagi, kena standby sana awal kan..  so dalam pukul 5.30 pagi gitu kami pun bergerak dari puchong 4 orang.  yang bagusnya azrul dengan chem on time pulak sampai rumah, bukan on time, tapi memang sampai before 5 pagi.  bagus dorang ni. hehe  

so perjalanan pagi tu tak de lah kelam kabut sangat sebab pagi lagi, kereta pun tak banyak. oh btw, abang saya tolong hantarkan kami ke KLIA pagi tu..  thanks bro!  so sampai sana around 6.15 pagi angkat beg terus cari surau sebab nak solat subuh terus.  lepas solat then janji dengan yasin dan haris nak jumpa dekat burger king.  lepas tu terus check in baggage.


Day 1

sampai Airport langkawi dalam pukul 9.30 pagi angkat beg terus call teha sebab teha dah sampai hari isnin lagi katanya flight dari Penang isnin murah, selasa dah mahal.  hehehe so teha datang dengan kereta sewa.  memandangkan kami berlapan, so kami sewa kereta Innova sebijik muat untuk semua orang.  lepas naik kereta settle sewa semua cari pulak kedai nak sarapan terus sekali lunch.  lapar gila dah memasing.  hahah padahal diri sendiri yang dah pening sebab lapar.  lepas makan terus ke Cable Car Langkawi, kami tak boleh check in tempat tinggal lagi sebab check in pukul2 petang.  


sampai dekat cable car, tak boleh naik pulak sebab angin tengah kencang dekat atas gunung mat cincang.  orang kaunter suruh tunggu lagi dua atau tiga jam.  fuhhh lama pulak.. so kami jalan-jalan amik gambar dulu kat kawasan situ.  then pukul 12 lebih tanya lagi, masih tutup.  so kami decide nak tengok Skytrex Adventure Park punya tempat.  sampai sana, tanya sikit tengok keadaan sekitar macam best.  dah nak dekat pukul 1 kami pun geraklah ke tempat tinggal dekat The Cottage, Pantai Cenang.  check in barang, solat tukar baju sebab aktiviti petang nak pergi skytrex.  

urusan di kaunter skytrex amatlah senang dan tak ada masalah.  masuk harga rm70 sebab kami pilih yang extreme.  kira level paling tinggi.  mulanya memang tak nak, tapi sebab kan kawan, so redho je lah wawa ye..  well, it turned out to be the most amazing adventure for me.  and rasa nak naik lagi kecuali tak nak naik tangga tinggi gila. hahaha orang lain panjat tangga dekat pokok relax je, sampai my turn, boleh pulak berhenti tengah-tengah sebab penat. hahaha

lepas habis skytrex terus balik sebab dah petang dan semua dah penat lelah dalam hutan tadi panjat sana panjat sini terbang jatuh flying fox.  malam tu dah bagi tahu siap2 pukul8 nak dinner.  so semua get ready lah dinner.  kami dinner sampai ke kuah sana lebih kurang setengah jam perjalanan dari pantai cenang sebab katanya nak karoke lepas dinner.






lepas dinner, semua dah penat tak larat nak karoke terus balik membongkang tido sampai subuh.  tapi dah bagi tahu awal-awal esok pukul9 ade Island Hopping pulak.

No comments:

Post a Comment